nuffnang

Sunday, September 18, 2011

DIY Eyelet Curtains

Eyelet fabric often has a scalloped border that makes a lovely edge for cafe-style curtains. These curtains are light and breezy and are perfect for a country or "shabby-chic" style room. Eyelet is a fabric that has a pattern of holes. When eyelet was handmade, seamstresses would make the holes with an awl and work the buttonhole stitch around them. Modern eyelet is machine made, but still has a pattern of holes surrounded by embroidery. The holes in eyelet curtains allow the sunlight to make lovely patterns on the floor in the early morning and late afternoon.

Instructions

Things You'll Need

  • Scalloped-border eyelet fabric.
  • Tape measure
  • Iron
  • Sewing machine
  • Matching thread



Things You'll Need


Scalloped-border eyelet fabric/Tape measure/Iron/Sewing machine/Matching thread


Instructions

1-Measure from the top of your curtain rod to your windowsill. Add 2 inches to this measurement. Cut your fabric this width, measuring from the widest point of the scalloped border.
  • 2-Measure the width of your curtain rod. Double this measurement. Cut your curtains this length.
  • 3-Examine your fabric to determine which is the right-side. This is tricky with eyelet. The right side will be the side where the stitches around the holes are straight. Iron a 1/2-inch hem on the both sides of curtain. Be sure these hems are on the wrong side of the fabric. Fold under 1/4 inch at the top of this hem and iron it down. Sew the hem close to the folded edge.
  • 4-Iron down a 2-inch casing at the top of the curtain. Fold in 1/2 inch on the edge of the casing. Iron this fold down. Sew the casing closed by sewing close to the fold.
  • 5-Run your curtain rod through the casing.


Tips & Warnings
  • You may make one curtain which goes all the way across your window, or a curtain for each side of the window. Two curtains are easier to open. One curtain will not have a gap in the middle.

  • You may make a valance for the top of the window in the same way. Cut your fabric 14-inches wide for a 12-inch valance.

EYELET CURTAINS

EYELET






Thursday, May 5, 2011

Panduan Memilih Langsir

Daripada : http://www.senihias.com

Antara keperluan praktikal dan seni tatarias, langsir memainkan peranan penting kepada sesebuah rumah.

Antara keperluan praktikal dan seni tatarias, langsir memainkan peranan penting kepada sesebuah rumah.

Pilihan langsir yang tepat dan sesuai adalah penting untuk memberikan keselesaan dan juga menyerlahkan kecantikan rumah kediaman anda. Kini, fungsi langsir tidak lagi hanya sebagai pendinding cahaya matahari tetapi ia menjadi sebahagian aspek penting hiasan dalaman.

Berikut adalah beberapa panduan untuk anda memilih langsir yang tepat dengan keperluan dan kehendak anda:

1. Tentukan anggaran bajet.

Kain langsir datang dengan pelbagai harga. Ada yang murah, ada yang mahal, bergantung kepada kain dan kualitinya. Ada kain langsir yang berharga di bawah RM10 semeter dan ada yang sehingga lebih RM60 semeter. Andalah yang menentukan setakat mana anda ingin berbelanja. Yang terbaik biarlah ia selaras dengan kemampuan anda. Contohnya, jika kain langsir yang anda minati berharga RM50 semeter dan panjang langsir yang diperlukan adalah 6 meter, mampukah anda mengeluarkan belanja sebanyak RM300?

2. Buat ukuran dan tentukan bentuk langsir

Ini satu aspek yang penting. Jika anda ke Kamdar untuk mencari kain langsir, perkara terakhir yang anda mahu terjadi adalah ditimpa kebingungan sewaktu menentukan panjang kain langsir. Sebagai panduan mudah, lukis secara ringkas bentuk segiempat tingkap atau pintu gelongsor (sliding door), dan ukur dimensi (panjang x lebar) tingkap tersebut di dalam buku nota kecil. Bawa buku tersebut dan tunjuk kepada pembantu jualan di kedai. Mereka yang mahir dalam bidang ini akan membantu anda membuat ukuran kain yang tepat.

3. Padankan corak dan warna langsir dengan kediaman anda

Jika dahulu pilihan corak dan warna langsir adalah terhad, hari ini tidak lagi. Kini, anda saban hari dijamu dengan rekaan langsir terkini, banyak antaranya lain daripada yang lain. Ada corak tradisional dan ada corak moden. Ada warna terang dan ada yang gelap. Ada corak melintang dan ada corak membujur. Pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai kombinasi corak dan warna. Namun, pastikan ia kena dengan hiasan dan pandangan keseluruhan rumah anda.

4. Pilih touch up

Kini juga, langsir datang dengan pelbagai pilihan touch up. Anda boleh membuat ropol, potongan lurus, kedutan, bidai dan sebagainya. Jika anda ingin menjahit sendiri dan masih lagi berjinak jinak dengan seni jahitan langsir, dapatkan bantuan serta latihan yang mencukupi. Pelbagai panduan jahitan langsir kini boleh didapapati dengan mudah, samada menerusi buku, e-book dan juga informasi internet yang boleh didapati dengan percuma. Pilih sahaja.

5. Beli perkakas tambahan yang lain

Setelah langsir anda siap dijahit, tugas terakhir yang perlu dilakukan ialah dengan memasang langsir tersebut. Pastikan perkakasan lain, samada kecil atau besar, telah dibeli dengan lengkap. Periksa palang langsir dan buat perkiraan yang anda telah mempunyai bilangan cangkuk yang mencukupi. Jika tidak, beli cangkuk tambahan dan ia mestilah padan dengan jenis palang. Juga, tali pengikat langsir yang menarik dan sepadan adalah menjadi kemestian untuk menambah seri. Tali ikatan yang selalunya dijual asing boleh didapati antara RM10 hingga RM50, anda pilih sahaja mana yang sesuai.

Wednesday, March 25, 2009

TIPS PEMILIHAN LANGSIR

Oleh Hamidon Abdullah (Ketua Jabatan Reka Bentuk dan Seni Bina Dalaman UiTM Shah Alam)

Pilihan kain hendaklah selaras bentuk tingkap supaya berpadanan dengan jendela

Ada baiknya jika pilihan langsir bersesuaian perabot dan hiasan dalaman rumah, kalaupun tidak secorak dan sewarna tetapi sekurang-kurangnya mewujudkan keseimbangan yang menawan.

Paling penting, kain pilihan hendaklah selaras bentuk tingkap supaya langsir dan jendela saling berpadanan. Bagi setiap individu perlu mengetahui bentuk tingkap mereka sebelum memilih rekaan langsir tertentu.

Bentuk Tingkap

Bentuk tingkap memainkan peranan penting dalam menentukan pilihan langsir. Tingkap pada kediaman berbeza mengikut gaya senibina. Bentuk tingkap yang lazim dipasang adalah seperti tingkap casement (boleh dibuka ke luar atau ke dalam), tingkap sorong dan tingkap bay (tingkap bersegi yang dibina secara mengunjur keluar).

Bagi tingkap casement, dinasihatkan memasang langsir yang dijahit ringkas tanpa ropol atau kedutan. Pilihan rekaan langsir lebih mudah bagi tingkap sorong kerana ruang bukaan luas dan lebar. Pemasangan pelmet (papan yang melindungi besi dan pencangkuk langsir) dan birai hias boleh dilakukan jika tingkap sorong mempunyai lebihan ruang di bahagian atas. Manakala bagi tingkap bay pula memberi peluang penghuni menghiasinya secara keseluruhan dan untuk menambah kemasan tingkap, pasangkan pelmet mengikut bentuk tingkap.

Jenis Langsir

Rekaan langsir yang menjadi tarikan ialah potongan secara tie scarlet iaitu kain langsir yang berkedut di atas dan bawahnya berbentuk seperti tali leher dan disempurnakan dengan gaya klasik, gaya ini juga boleh digayakan lagi dengan hiasan berkedut di atas tetapi diserikan dengan renda. Sebagai tambahan rekaan ini boleh disediakan dengan rekaan scallop classic, pencil plite dan scallop pencil plite. Bagi pilihan langsir yang menggunakan potongan scallop ini, adalah amat sesuai menggunakan kain jenis satin.

Rekaan langsir berbentuk scallop sama ada dalam bentuk rekaan classic ataupun tie amat sesuai bagi kediaman besar atau banglo. Ini kerana rekaan seperti ini kelihatan agak formal dan bergaya.

Bagi ruang dapur pula memerlukan kain langsir yang tebal dan tahan. Oleh itu dicadangkan guna kain langsir jenis scotchguard. Langsir di ruang dapur biasanya lebih ringkas dan tidak terlalu 'mewah' dengan kedutan sesuai dengan tumpuan kepada aktiviti memasak. Kebanyakan suri rumah lebih suka potongan atau hiasan langsir berbentuk bidai.

Rekaan langsir harus disesuaikan dengan jenis ruang kediaman, sebagai contoh ruang dapur dan bilik tidur, bentuk potongannya perlu dibezakan dengan langsir di ruang tamu. Di bilik tidur kanak-kanak sebagai contoh sesuai dipasangkan atau dihias menarik, hiasan tambahan boleh dibuat dengan diikatkan riben pada langsir berkenaan.

Bagi bilik tidur utama, potongan langsir yang ringkas menggunakan warna lembut sangat sesuai kerana dapat menimbulkan suasana romantik dan damai.

Bagi rumah kecil, langsir berpotongan ringkas membolehkan ruang yang sempit kelihatan selesa dan luas. Mereka harus menyesuaikan keadaan dan jangan terikut-ikut hiasan langsir yang berlebihan seperti kediaman besar hingga menyebabkan keadaan rumah kelihatan semak dan sesak. Bagi yang kurang berkemampuan, mereka boleh memperbaharui langsir lama dengan menambahkan hiasan riben atau renda. Kaedah ini menjimatkan kerana mereka tidak perlu membeli keseluruhan fabrik untuk langsir.

Jenis Fabrik

Lazimnya, fabrik yang menjadi pilihan utama ialah 100 peratus kapas atau campuran kapas dan polyster. Kain renda atau satin yang mempunyai bidang besar juga menjadi pilihan utama kerana mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Kini ramai suri rumah gemar menggunakan fabrik scotchguard yang diselaputi bahan kalis air kerana tahan lasak.

INFO: Panduan Memilih Langsir
  • Sekiranya membeli langsir siap diguna, sebaiknya pilih ukuran yang mencecah sehingga ke lantai.

  • Mereka yang gemar penampilan moden, ringkas atau ketika boleh menggunakan langsir tidak berjahit dan digantungkan pada batang besi atau kayu.

  • Ketinggian tingkap dapat ditonjolkan dengan memasang pelmet dan anda boleh menggunakan langsir siap diguna.
  • Padankan fabrik dan kertas dinding bagi mengatasi pemandangan kurang menarik di sesuatu ruang, selain dapat menonjolkan seri tingkap.

  • Jika anda memerlukan kemasukan cahaya semula jadi, tetapi pada masa sama inginkan suasana bersendirian, pilih rekaan langsir kedai kopi (langsir separuh terbuka) yang tidak perlu dibuka atau ditutup kerana ia tidak menutup keseluruhan tingkap